Foto: Berita Harian & Kelkatu TV

Pengarah terkenal Erma Fatima dan bekas suami, Bade Hj Azmi masih mengekalkan hubungan yang baik meskipun mereka sudah lama bercerai.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Lelaki Boleh Ganti Tempat Bade’ – Erma Fatima

Artikel Berkaitan: ‘Tekanan Darah Naik Tak Bersebab’ – Luahan Erma Fatima Cetus Kebimbangan Netizen, Nasihat Jaga Kesihatan

Kekal hubungan baik

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Erma sedang menerima kunjungan Bade dan keluarganya ketika melakukan aktiviti perkhemahan.

Di ruangan kapsyen, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali, memberi ucapan sempena hari lahir Bade.

Selamat hari jadi, semoga Allah limpah kurniakan kebahagiaan dan berkat rahmatNya untuk awak sekeluarga hingga ke Jannah.

Netizen kagum

Foto: Kosmo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan menyifatkan Erma sebagai seorang wanita yang kuat dan profesional.

Dalam masa yang sama, warganet juga memuji Erma dan Bade kerana boleh dijadikan contoh kepada pasangan yang telah berpisah.

Terbaiklah, boleh seharmoni ini. Saya sebagai peminat suka melihat sikap yang ditonjolkan oleh Erma dan Bade, tetap jaga hubungan baik.

Erma wanita terhebat, kalau semua perempuan macam ini, aman hidup sebab tak ada dengki, dendam, iri hati dan perasaan benci. Tabik dengan Erma.

Sangat profesional dan harmoni. Bagusnya wanita hebat ini.

Alhamdulillah inilah contoh yang baik, tetap hormat dan sokong bekas suami.

Betul-betul berdamai dengan takdir..sangat positif.

Untuk rekod, Erma dan Bade atau nama lengkapnya Badaruddin Haji Azmi mendirikan rumah tangga pada 1991 sebelum bercerai pada 2015.