berita

[VIDEO] Ernie Zakri Beri ‘Amaran’ Pada Peminat Toksik Yang Suka Melagakan Dengan Aina Abdul

January 8th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul Ernie Zakri

Penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi rakan seindustri, Aina Abdul apabila berjaya mengadakan konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore.

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Penyanyi Susun Percaturan, Bawa Hasil Ciptaan Sendiri

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Siapa Layak Menang Vokal Terbaik? Aina Abdul, Ernie Zakri Atau Marsha Milan?

‘Jangan cakap apa-apa lagi’

Aina Abdul Ernie Zakri

Selain menumpang gembira, Ernie juga berharap tiada lagi ‘cakap nakal’ yang dikeluarkan segelintir pihak yang sebelum ini suka melaga-lagakan mereka.

Melihat seorang penyanyi bernama Aina Abdul, saya amat berbangga dengan pencapaiannya.

Sudah pasti sebagai kawan, saya bersyukur dan gembira melihat kejayaannya.

Selepas ini jangan cakap apa-apa (melagakan) lagi okay, merajuk nanti.

Ernie berkongsi mengenai perkara itu ketika menyampaikan ucapan ringkas di konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore yang berlangsung di The Theatre, Mediacorp, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ernie sempat berseloroh mengatakan kepada pihak penganjur untuk menganjurkan sebuah konsert duet bersama Aina.

Kalau nak extra duet lagi, nanti suruh penganjur buat konsert khas duet kami berdua. Manalah tahu rezeki kan.

Terdahulu, Ernie diundang sebagai penyanyi jemputan pada konsert sulung Aina di negara tersebut.

Ernie telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Masing-Masing dan Gundah (duet bersama Aina).

Persembahan duet penyanyi kesayangan ramai itu mendapat tepukan gemuruh penonton sehingga rakaman video nyanyian mereka tular dan meraih pujian wargamaya.

Video

@ainaabdul_memoirs Ingat tau pesan kak ninie tau, jangan laga2 kan lagi hihihi. And yes pls, nak concert duet!! #ainaabdul #erniezakri ? original sound – Aina Abdul Memoir

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×