berita

#RoadToAJL38: Siapa Layak Menang Vokal Terbaik? Aina Abdul, Ernie Zakri Atau Marsha Milan?

December 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

AJL 38

Pertemuan semula tiga penyanyi bervokal lantang iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) pastinya menjadi sorotan peminat.

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Marsha Milan Faham Perasaan Penyanyi Tak Layak Ke AJL – ‘Anggap Ia Sebagai Motivasi Untuk Terus Berkarya’

Artikel Berkaitan: ‘AJL Satu Platform Terbaik, Rugi Tarik Diri’ – Freddie Fernandez

Vokal Terbaik milik siapa?

AJL 38

Rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat siapakah di antara mereka yang bakal membawa pulang trofi Vokal Terbaik AJL 38.

#1 Aina Abdul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Melihat kepada rekod, Aina berjaya meraih sebanyak dua kali anugerah Vokal Terbaik iaitu pada AJL 36 menerusi lagu Sepi dan AJL 37 menerusi lagu Terus Hidup.

Sekiranya tuah berpihak kepada Aina pada edisi kali ini menerusi lagi Jangan Mati Rasa itu, ia sekali gus akan menjadikan kemenangan tiga kali berturut-turut buat Aina, ‘hattrick’!

Selain vokal yang mantap, kelebihan yang ada pada penyanyi berusia 30 tahun itu terletak pada penjiwaannya ketika menyampaikan sesebuah lagu. Terus sampai ke hati penonton.

#2 Ernie Zakri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pun begitu, Aina tidak berada di kedudukan yang selesa kerana saingan sengit pasti diberikan oleh Ernie.

Ernie berjaya lolos ke AJL 38 menerusi lagu ciptaanya sendiri berjudul Astana. Kekuatan vokal yang dimiliki Ernie sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.

Lihat sahaja fenomena yang dicetuskan penyanyi berusia 31 tahun itu ketika AJL 34 menerusi lagu Ku Bersuara, memang hebat!

Sama seperti Aina, Ernie juga memegang rekod sebanyak dua memenangi Vokal Terbaik iaitu pada AJL 32 menerusi lagu Aku Cinta duet bersama Syamel dan AJL 35 menerusi lagu Gundah.

#3 Marsha Milan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Seorang lagi penyanyi yang tidak boleh dipandang sepi kehebatannya iaitu Marsha Milan.

Marsha berjaya layak ke AJL 38 menerusi lagu Darah ciptaan Naim Daniel dan Firdaus Rahmat.

Meskipun tidak pernah menggengam trofi Vokal Terbaik, namun itu tidak menjadi alasan buat Marsha mempamerkan kualiti vokalnya.

Marsha sering tampil dengan persembahan yang diluar jangkaan dan setiap persembahannya pasti meninggalkan kesan.

Jadi siapakah pemenang Vokal Terbaik AJL 38 pilihan anda? Teruskan berteka-teki…

SKIP THIS AD ×