Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang melakukan buli siber terhadap penyanyi, Aina Abdul.
Artikel Berkaitan: Mental Aina Abdul Kuat, ‘Hadam’ Kecaman Netizen Dengan Tenang – ‘Mereka Kritik Seolah Saya Tidak Beri Persembahan Berkualiti Di AJL’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Aina Abdul Cipta Sejarah! Sudah Miliki Semua Trofi, Bagi ‘Hint’ Mahu Berehat Bertanding?
Kesan luar biasa
Ketika ditemui OhBulan!, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata dia juga pernah menjadi mangsa buli.
Jelasnya, dia akan mengelak daripada membuka media sosial terutamanya selepas terlibat dalam acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) atau konsert besar.
Saya tidak berada di tempat Aina tapi saya faham apa yang dia rasa. Lagi-lagi selepas AJL, kesannya sangat luar biasa kepada kesihatan mental.
Mungkin dia menjadi target kerana dia adalah Aina Abdul yang kian meningkat naik dalam industri ini.
Saya bukan Aina Abdul tetapi apa yang saya akan buat adalah menjauhkan diri daripada media sosial selama beberapa hari kerana memang sakit kalau baca.
Ernie berkata demikian selepas ditemui di majlis sidang media pengumuman konsert 2025 Insomniacks, Ernie Zakri dan Dolla di Le Meridien Petaling Jaya pada Selasa.
Pelantun lagu Masing Masing itu berharap agar penyanyi lagu Semalam itu tidak patah semangat dengan apa yang terjadi.
Saya ada terbaca apa yang terjadi tetapi saya rasa Aina adalah seorang yang kuat. Ini bukan pertama kali dia kena macam ini.
Tidak faham kenapa perkara itu perlu jadi sebegitu.
Saya harap Aina akan rasa lebih baik. Saya juga mendoakan kejayaannya.
Peminat main peranan
Mengulas lanjut, pemenang Vokal Terbaik AJL39 itu berkata peminat turut memainkan peranan penting dalam menjaga nama baik selebriti kesukaan mereka.
Kalau peminat itu sayang dengan artis itu, saya rasa peminat itu sendiri kena menjaga nama baik selebriti itu.
Saya tidak cakap peminat saya sempurna. Peminat saya ada juga yang terlalu negatif tetapi tugas saya memang saya akan beritahu jangan menunding jari.
Ernie turut memaklumkan dia kesal dengan tindakan sesetengah pengguna media yang bertindak untuk mengecam artis.
Bagaimanapun, dia berkata ia adalah sesuatu di luar kawalan dan hanya mampu mengawal perbuatan dirinya sahaja.
Saya tidak pasti bagaimana untuk menangani situasi seperti ini, tetapi bagus juga kalau libatkan undang-undang.
Sekurang-kurangnya mereka mempelajari sesuatu.