berita

[VIDEO] Ernie Zakri Sudah Lama Pasang Impian Duet Dengan Dayang Nurfaizah – ‘Harap Tahun 2024 Dapat Bekerjasama’

January 5th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Ernie Zakri

Penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri akui sudah lama memasang impian untuk merakam lagu duet bersama Dayang Nurfaizah.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Nadeera Zaini Tak Pernah Bersengketa, Sentiasa Hormat Satu Sama Lain – ‘Kami Berdua Okay Saja’

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Penyanyi Susun Percaturan, Bawa Hasil Ciptaan Sendiri

Duet dengan Dayang

Ernie Zakri

Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, dia bagaimanapun menjadi ‘kaku’ setiap kali bertemu dengan Dayang untuk meluahkan hasratnya itu.

Saya teringin nak ada satu lagu duet dengan Dayang Nurfaizah. Daripada dulu lagi saya memang teringin nak duet dengannya.

Tetapi bila setiap kali berjumpa secara depan-depan, saya akan jadi ‘starstruck’ (kaku), konon-konon macam tak minat. Hanya tanya khabar.

Tetapi dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana perasaan saya.

Ernie berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube rasmi miliknya.

Justeru, pelantun lagu Ku Bersuara itu berdoa agar tercapai impiannya pada tahun ini untuk berkolabrasi dengan Dayang.

Jadi, kepada kak Dayang, jika awak melihat video ini. Saya berharap pada tahun 2024, dapat bekerjasama dengan awak.

Tak kisah, disatukan atas satu pentas atau official lagu duet bersama.

Potongan video berkenaan kemudian dimuat naik semula oleh peminat Ernie di laman TikTok.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja sekiranya impian penyanyi kesayangan mereka itu tercapai.

Video

@qd_fans SEMOGA IMPIAN ERNIE ZAKRI UNTUK BERKOLABRASI DGN IDOLA BELIAU IAITU DAYANG NURFAIZAH TERMAKBUL DAN TERCAPAI UNTUK TAHUN 2024. INSYALLAH ??? ?? @DayangSayangKamu ? @erniezakriez #dayangnurfaizah #dayangsayangkamu #erniezakri #singer #rnbsingers #fyp #fyp? #tiktok #tiktokmalaysia ? original sound – qd_fans

Sumber: YouTube, TikTok

SKIP THIS AD ×