berita

Ernie Zakri & Nadeera Zaini Tak Pernah Bersengketa, Sentiasa Hormat Satu Sama Lain – ‘Kami Berdua Okay Saja’

January 5th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi Ernie Zakri dan Nadeera Zaini memaklumkan bahawa mereka sama sekali tidak pernah bergaduh dan bermasam muka susulan kontroversi mengenai isu penyanyi gantian bagi lagu ‘Astana’ di pentas separuh akhir Muzik Muzik ke 38 (SFMM38) yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Komposer Berhak Menarik Diri Daripada Semi Final Muzik-Muzik’ – Ernie Zakri Buka Mulut Isu Lagu Astana

‘Industri ini kecil sahaja’

Ketika ditemui OhBulan!, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia tidak mahu memperbesarkan isu itu kerana tidak mahu mencari masalah dengan mana-mana rakan artis.

Kami berdua tiada masalah langsung sebenarnya dan berbalik kepada isu yang berkaitan melalui DM di media sosial. Lagi pun itu semua salah faham.

Tambahan pula, industri kita ini kecil sahaja dan saya tidak perlu untuk bergaduh dengan siapa-siapa.

Kalau bergaduh mesti kekok bila berjumpa sebab kalau pergi mana-mana pun pasti akan berjumpa.

Alhamdulillah, saya tiada apa-apa masalah langsung dengan pihak Nadeera dan saya sangat memahami situasinya dan begitu juga sebaliknya.

Tambah pelantun lagu ‘Astana’ itu, Nadeera bukanlah individu yang patut disalahkan kerana hanya mengikut permintaan pihak atasan untuk menggantikannya pada pentas SFMM38.

Kalau saya di tempat Nadeera juga mungkin saya akan lakukan perkara yang sama dan dalam masa yang sama Nadeera juga memahami situasi yang berlaku pada ketika itu.

Tambahan pula, kami berdua boleh dikatakan berada di tengah-tengah dan tidak tahu perkara yang sebenar ketika itu.

Tapi Alhamdulillah segalanya sudah selesai.

Ernie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Voice of the Heart yang berlangsung di IOI Conezion, Putrajaya pada petang Khamis. 

Sementara itu Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, berkata dia amat menghormati Ernie dan pastinya gembira rakannya dapat menyanyikan sendiri karya tersebut. 

Dan dalam masa yang sama, bekas peserta Mentor Legend itu berharap agar para peminat di luar sana untuk berhenti daripada membangkitkan isu yang sudah lama selesai ini.

Kalau saya jadi Ernie pun, mesti saya nak sampaikan lagu itu sendiri. Tapi saya juga berbesar hati apabila dijemput sebagai penyanyi gantian cuma belum rezeki saya.

Sebenarnya lagu itu agak sukar untuk dinyanyikan. Memang patut Ernie nyanyi sendiri.

Sudah-sudahlah lagakan kami. Tiada isu besar pun. Semuanya sudah selesai.

Tetapi dalam masa yang sama, saya tak salahkan peminat kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Tapi saya terima segala komen mereka dengan hati terbuka.

Terdahulu, timbulnya kontroversi mengatakan Ernie dan Nadeera tidak seteru selepas Nadeera dipilih untuk menjadi penyanyi gantian bagi lagu Astana di pentas SFMM38.

Walau bagaimanapun isu itu sudah pun selesai selepas Ernie akhirnya berjaya berjuang dan dapat menyanyikan sendiri lagu yang juga merupakan ciptaannya itu.

SKIP THIS AD ×