Pelakon jelita, Eyka Farhana mencuri perhatian apabila video masakannya menjadi tular di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecewa Bibik Lari Dari Rumah, ‘Skin Care’ Eyka Farhana Jadi Perhatian – ‘Moisturizer Tu Harga RM2000’
Pertama kali masak mee bandung
@misseyka.fFirst time buat mee bandung, thanks ma for the recipe ??? original sound – Eykafarhana
Menerusi hantaran tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat sedang memasak juadah mee bandung hasil perkongsian resipi daripada ibunya.
Menurut Eyka, ini merupakan kali pertama buatnya untuk memasak juadah tersebut.
Pertama kali buat mee bandung, terima kasih mama untuk resipi.
Meskipun baru pertama kali, Eyka dilihat tidak kekok memasukkan bahan-bahan sewaktu memasak juadah tersebut.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan pelakon berusia 29 tahun tersebut ketika sedang memasak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan Eyka sudah boleh mendirikan rumah tangga memandangkan dirinya begitu cekap memasak di dapur.
Komen netizen
Sumber: TikTok Eyka Farhana