Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir ibu bapa yang merasakan diri mereka bagus dalam cara membesarkan anak-anak sehingga sanggup mengkritik golongan yang baru bergelar ibu bapa atau ‘new parents’.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Hamil Anak Ketiga, Dedah Tak Ada Rezeki Dapat Kembar – ‘Rupanya Dua Tapi Satu Tak Jadi’
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Sekeluarga Masuk Hospital, Keluarga Mohon Doa
‘Terpaling parents’
Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, menyedari mengenai perkara itu selepas melihat komen yang ditinggalkan beberapa individu pada sebuah video memaparkan pasangan suami isteri yang membawa anak mereka keluar berjalan menggunakan ‘baby carrier’.
Saya ada nampak satu video, ‘new parents’ yang bawa anak mereka yang ‘new born’ (baru lahir) keluar berjalan-jalan. Dalam video itu, pasangan tersebut gunakan ‘baby carrier’ (tempah mengendong bayi).
Tetapi kebanyakkan yang komen jadi ‘terpaling parents’ nak tunjuk dekat pasangan ‘new parents’ mereka kononnya terpaling bagus. Memang mungkin pasangan tersebut guna ‘baby carrier’ dengan cara yang kurang betul, tetapi janganlah orang lain jadi ‘terpaling parents’.
Komen-komen yang ditinggalkan bukan lagi berbentuk ‘educating’, tetapi lebih kepada berlagak dan rasa terpaling bagus, ‘terpaling parents’. Ada yang komen ‘macam mana lah dia jadi mak, kalau pakai baby carrier pun tak reti’.
Memang tidak patut komen begitu, membazir tenaga hanya untuk kondem orang lain. Netizen yang komen itu seumpama tak pernah jadi ‘new parents’ ke sebelum ini?
Justeru, Eyra berharap golongan ibu bapa yang sudah mempunyai pengalaman membesarkan anak-anak sebaiknya meninggalkan komen dan ilmu berbentuk nasihat kepada pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata.
Tolonglah ibu bapa di luar sana, kalau lihat ‘new parents’ baru jadi ibu bapa, cakap elok-elok. Tiada benda yang salah kalau cakap dengan sopan, tak perlu keluarkan duit pun kalau beri nasihat dan ilmu dengan cara yang elok.
Ada komen seperti ‘kesiannya budak itu dapat mak bapa macam itu’, sangat menjatuhkan motivasi seseorang. Selepas ini, jangan nak berlawan ‘terpaling parents’.
Saya yang sudah ada anak dua dan mahu masuk yang ketiga, saya masih belajar untuk menjadi ibu. Saya percaya semua ibu bapa di luar sana juga sama macam saya. Cabaran terbesar ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak.
Video
@eyrahazali21First time bebel dalam tiktok ?? original sound – Mama Hayder&Endra
Sumber: TikTok