Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengundang sebak apabila tidak dapat menahan air mata merindui ibunya secara langsung di set Wanita Hari Ini.
Artikel Berkaitan: Hari Raya Aidilfitri Fahrin Ahmad Berbeza Tanpa Ibu Tercinta, ‘Repeat’ Semula Baju Melayu Koleksi 10 Tahun Dulu
Artikel Berkaitan: WHI Tayang Segmen Khas Untuk Siti Sarah, Fahrin Ahmad Nangis Masa Mengacara – ‘Berdamailah Dengan Takdir’
Dipaksa untuk kuat
@whitv3malaysia_official dipaksa kuat, baru first time min nampak seorang @FAHRIN AHMAD menangis #fyp #whitv3 #sedih #kehilangan ? suara asli – Fabio asher – Fabio Asher
Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung WHI, Fahrin atau nama sebenarnya Fahrin Ahmad, 45, dilihat menerima surat daripada isterinya, Elena Hani.
Apa yang meraih perhatian apabila Fahrin akui masih merindui ibunya sehingga kini.
Suami tercinta, Fahrin Ahmad.
Saya sangat bersyukur pada Allah kerama diberikan amanah untuk menjaga anak bersama awak.
Awak sama-sama ambil berat walaupun sibuk bekerja.
Paling saya tak boleh lupa, apabila arwah ibu awak pergi meninggalkan kita.
Awak sangat sedih dan saya tak pernah nampak awak menangis sampai sebegitu.
Esok hari, awak teruskan bekerja seperti biasa sebab enggan menyusahkan orang lain.
Pada akhir perkongsian, Elena akui kagum dengan kekuatan yang dimiliki suaminya untuk meneruskan kerja dengan menyimpan kesedihan di hati.
Hilang tak terganti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan yang ditanggung oleh pengacara berusia 45 tahun itu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar arwah ibu Fahrin ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Sumber: TikTok @WHI