Penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir kenalan yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya sebagai penghibur tanpa bayaran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farez Adnan Nafi Guna Jalan Pintas Untuk Hidup Mewah, Mula Kerja Seawal 19 Tahun – ‘Kalau Usaha, Allah Janji Rezeki’

Artikel Berkaitan: Dituduh Membazir Buat Rawatan Muka Di Korea Selatan, Farez Adnan Respon – ‘Tak Pakai Duit Kau Pun, Dekat Sana 3 Kali Ganda Lagi Murah’

Salah ke?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 30, berkongsi pengalaman diminta menyanyi secara percuma.

Tambahnya, setiap individu yang melakukan perniagaan pasti mahukan keuntungan.

Awak kena faham.

Kerja saya sebagai penyanyi. Daripada kerja itu, saya mendapatkan duit.

Ibarat awak buka kedai, saya nak support dan beli makanan awak. Melainkan, awak nak belanja. Itu pun sekali saja.

Sebab saya tahu, awak buat perniagaan.

Sama seperti saya. Saya menyanyi untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri saya.

Saya rasa ramai saja yang mengalami situasi macam saya.

Kadang-kadang orang luar lebih hargai kita daripada kawan sendiri.

Netizen setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelantun lagu ‘Air Titik Ke Batu’ itu yang mencari rezeki melalui bakat nyanyian. Selain itu, warganet turut memberi kata semangat kepada Farez agar tidak lagi diambil kesempatan.

Sumber: TikTok @farezadnan