berita

[VIDEO] Farid Kamil ‘Bersuluk’ Untuk Asingkan Diri & Dekat Dengan Allah, Netizen Rasa Sebak

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Farid Kamil bersuluk

Sepotong video memperlihatkan pelakon Farid Kamil sedang bersuluk telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini

Bersuluk

Farid Kamil bersuluk

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bersuluk membawa maksud pengasingan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran dan mendekatkan diri dengan Pencipta (Allah S.W.T).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari, aktor itu dilihat sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz dan dipercayai ia sebahagian daripada proses bersuluk.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tersenyum tanda gembira ketika dipakaikan serban sambil disaksikan oleh beberapa orang di sekelilingnya.

Sementara itu, Farid juga dilihat sempat merakam beberapa foto bersama jemaah tabligh.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan mendoakan aktor itu sentiasa di bawah lindungan Allah.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya meluahkan rasa sebak melihat video tersebut.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haji Fadzil Zahari (@fadzilzahari)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×