Pelakon dan pengarah, Farid Kamil ketika ditemui sejurus selesai proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Selasa menzahirkan rasa kerinduan terhadap anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil & Diana Danielle Dinasihatkan Mahkamah Untuk Berdamai
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Kantoi, Kenapa Bawa Bunga’ – Diana Danielle Nafi Wujud Orang Ketiga, Farid Punca Hubungan Musnah
Demi anak-anak
Menurut aktor tersebut, dia sudah 23 hari tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan dia akan cuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangganya.
Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar.
Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.
Dalam pada itu, Diana juga ada menyatakan bahawa anak perempuannya, Aurora kini berada dalam keadaan trauma berikutan kes ini. Namun aktres itu enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
@ohbulanofficial Semoga Farid tabah dengan ujian pada bulan yang mulia ini… #ohbulan #news #faridkamil