berita

[VIDEO] Farid Kamil Harap Diana Danielle Jaga Adab, Ingat Status Masih Bergelar Isteri

April 11th, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Artikel berkaitan: Diana Danielle Dakwa Bilik Tidak Sesuai Untuk Anak, Farid Kamil Jawab…

Artikel berkaitan: [VIDEO] Isu Berbaik Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Minta Netizen Jangan Salah Tafsir Kenyataan

Artikel berkaitan: 30 Mei Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Diana Danielle, Farid Kamil

25 Mei prosiding sulh ke-2

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, yang sepatutnya menghadiri prosiding yang dijadual berlangsung, pagi Selasa.

Menurut aktor berusia 42 tahun itu, dia sendiri tidak dapat memastikan sebab dan alasan Diana tidak menghadirkan diri, meskipun tarikh prosiding difailkan sendiri oleh isterinya itu.

Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan mengenai alasannya adalah disebabkan ketika ini dia masih tidak boleh berjumpa dengan saya.

Bagaimanapun, saya berharap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimaklubkan supaya Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.

Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya juga berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih sebagai isteri saya.

Farid berkata demikian ketika ditemui usai dia menjalani prosiding sulh pertama di mahkamah, pagi Selasa.

Jika tak hadir, Diana hina mahkamah

Dalam masa sama, pelakon filem Anwar The Untold Story itu menegaskan, sekiranya Diana masih tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani prosiding sulh pada 25 Mei depan, isterinya seolah-olah menghina mahkamah.

Hari ini dia (Diana) failkan (prosiding sulh), tapi dia tidak hadir. Jadi kami akan hadir sekali lagi menjalani prosiding ini untuk mendapatkan kata sepalat diantar kedua belah pihak.

Bila seseorang sudah failkan untuk perdamaian, tapi dia tidak datang, dalam undang-undang saya diberitahu ia adalah satu perkara yang melanggar perintah.

Ketika hadir ke prosiding sulh pertama, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700.

Antara tawaran yang diberikan termasuk kereta mewah jenis Velfire, barangan kemas, nafkah dan tiket menunaikan Umrah.

Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

@ohbulanofficial

Replying to @HambaALLAH Lelaki bila betul-betul nak pujuk hati isteri tercinta ?? #ohbulan #faridkamil #pujuk #inijeyangsayamampu #dianadanielle #vellfire

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×