Pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada jam 8:17 pagi bagi prosiding pengesahan rujuk dan sebutan pertama perceraian.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil – ‘Tiada Faedah Untuk Saya Ulas’
Artikel Berkaitan: Diana, Farid Perlu Hadir Ke Mahkamah Pada 20 November Bagi Sebutan Permohonan Rujuk & Cerai
Diana, Farid Hadir
Diana, 33, yang mengenakan jubah hitam ketika disoal mengenai harapannya, aktres itu secara berseloroh menjawab dia mahu makan nasi lemak.
Harapan? Saya mahu cari nasi lemak.
Dalam pada itu, peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, prosiding akan dimulakan dengan pengesahan rujuk dan kemudian diikuti dengan prosiding pertama perceraian.
Hari ini ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan cerai.
Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah pada hari ini (Rabu).
Harapan Farid
Sementara itu, Farid yang tiba beberapa minit kemudian bersama peguam Fakhrul Azman Abu Hassan berharap urusannya bersama isteri dipermudahkan.
Semoga yang baik-baik sahaja pada hari ini, agar segalanya dipermudahkan.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.