Pelakon Farid Kamil meraih perhatian dan pujian warganet berikutan cara layanannya terhadap bonda tercinta.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tuntut Nafkah Tertunggak Daripada Farid Kamil – ‘Saya Akan Gugurkan Kalau Dia Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Rumah Teres Dua Tingkat Farid Kamil Dilelong Pada Harga RM522,000?
Pimpin tangan ibu
@terubuk.bakaq Anak yang baik..??? #terubukbakaq #faridkamil #fyp @Farid Kamil #alorsetar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari mengunjungi ke sebuah restoran yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Paling menarik perhatian adalah apabila aktor berusia 43 tahun itu dilihat memimpin tangan ibunya semasa memilih lauk pauk.
Dalam masa yang sama, pemilik akaun TikTok restoran tersebut turut kagum dengan sikap Farid sebagai seorang anak.
Anak yang baik.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat layanan pelakon filem Anwar: The Untold Story itu terhadap ibunya.
Dalam masa yang sama, mereka turut memberi kata-kata semangat untuk Farid yang kini sedang berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga.
Sekadar info, pada 28 Oktober tahun lalu, aktres dan juga isteri kepada Farid, Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Sumber: TikTok Terubuk Bakaq