Keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Farid Kamil dan Diana Danielle yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Selasa menemui jalan kegagalan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Harap Yang Terbaik, Farid & Diana Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang
Artikel Berkaitan: ‘Saya Disuruh Untuk Menghantar Surat Lima Hari Sebelum Jumpa Anak’ – Farid Kamil
Farid pertahankan walau JKP gagal
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil tetap positif dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.
Dari awal lagi sampai sekarang apa yang saya buat adalah mempertahankan keluarga saya dan perkahwinan kami.
Saya sentiasa berfikiran positif kerana masih ada harapan dan sayang juga masih ada.
Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata aktres itu sudah tidak mahu meneruskan perkahwinan bersama suaminya dan pihaknya meminta mahkamah untuk Farid melafazkan talak.
Pendirian plantif itu jelas yang dia tidak mahu lagi teruskan dengan perkahwinan ini dan dia menyatakan sebab-sebab.
Hakim sudah membaca dan pihak defenden juga ada memberitahu ‘stand’ mereka. ‘ Saya mohon mahkamah untuk guna Seksyen 14 untuk lafazkan cerai tetapi dia (Farid) tidak bersetuju.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Jun sebagai sebutan semula kes dan pelantikan hakam.
Jadi hakim merujuk kepada hakam keluarga jadi ada satu lagi proses rundingan dan selepas itu kita akan lihat apa hasilnya. Kalau berjaya dia akan lafazkan, kalau dia enggan hakam mahkamah akan digunakan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.