berita

[VIDEO] Farid Kamil Teringin Nak Bawa Anak Tonton Anwar: The Untold Story

May 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil memberitahu anak sulungnya, Muhammad sangat teruja dan tidak sabar untuk menonton lakonannya dalam filem Anwar: The Untold Story

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang Masih Bertambah’ – Farid Kamil & Diana Danielle Hadir Proses Sulh Kedua

Artikel Berkaitan: ‘Saya Disuruh Untuk Menghantar Surat Lima Hari Sebelum Jumpa Anak’ – Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang

Che Mad teruja

Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memberitahu Muhammad atau mesra dipanggil Che Mat tidak sabar untuk melihat sendiri bapanya melakonkan watak sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Farid perlu akur dengan prosedur mahkamah iaitu dia perlu mengemukakan surat lima hari sebelum tarikh bertemu dengan anak-anaknya.

Sebenarnya Muhamad sudah beria-ria tanya saya bila filem itu nak keluar. Tetapi seperti yang sedia maklum untuk membawa anak saya perlu buat surat lima hari sebelum.

Demi merealisasikan hasrat untuk membawa anaknya menonton filem terbaharunya itu, Farid telah pun menghantar surat berkenaan.

Kalau ada rezeki saya akan bawa sebab saya  dan pihak peguam sudah menghantar surat untuk dapatkan persetujuan dan saya kena pastikan juga Muhammad tonton filem ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun ini berkata dia telah berkesempatan untuk meluangkan masa dengan anak-anak selama empat hari.

Saya dapat berjumpa dengan Aurora dua kali dan Muhammad empat kali. Setakat ini saya dapat meluangkan masa selama empat hari, itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma.

Terdahulu, prosiding sulh berkenaan hadanah iaitu hak jagaan anak-anak pasangan selebriti itu yang berlangsung semalam masih belum selesai kerana tidak mencapai persetujuaan dan perlu melalui proses yang lebih panjang.

Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

@ohbulanofficial

Nanti bawa tau, spend time masa ayah dengan anak ?? #ohbulan #faridkamil #teringin #bawa #anak #tengok #anwartheuntoldstory

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×