Pelakon jelita, Fasha Sandha enggan mengulas lanjut berkenaan penampilan terbaharunya yang kini tampil berhijab.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Fasha Sandha Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung, Netizen Komen ‘Secantik Bidadari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Terus Bekerja Selepas Cerai Dengan Jejai, Tak Galakkan Wanita ‘Housewife’ Jadi Ibu Tunggal – ‘Hari Itu Juga Saya Shooting Drama’
Tiada komen
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Fasha mengenakan busana serba hitam bertahtakan belian dan memakai hijab semasa menghadiri ke acara Nona Superwoman Award 2024 pada Rabu.
Walau bagaimanapun, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan merasakan dia tidak layak untuk membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan tuntutan agama.
Tiada komen, maaf… Takut… Saya rasa beginilah, saya adalah seorang manusia yang tidak boleh dan tidak layak untuk bercakap tentang hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan sebab saya belum cukup sempurna.
Saya tidak mahu komen lebih-lebih jadi saya mohon ruang untuk diri saya. Saya tak cukup bagus lagi untuk nak bercakap tentang hal apa-apa.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada malam anugerah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya.
Belum sempurna
Menurut aktres berusia 40 tahun itu, dirinya masih banyak kekurangan namun tetap memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
Pada saya, saya banyak lagi kelemahan yang harus diperbaiki daripada bercakap tentang kebaikan diri saya.
Saya rasa saya tak cukup sempurna, banyak lagi kelemahan lain yang harus diperbaiki sebab saya tak cukup sempurna untuk nak bercakap apa-apa tentang hal keagamaan.
Saya minta doakan yang baik-baik untuk saya dan juga keluarga. Insya-Allah.
Dalam pada itu, suami kepada Fasha yang juga aktor Aidil Aziz berkata, dia akan tetap memberikan sokongan terhadap isteri selain turut mendokannnya.
Sebagai seorang suami sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk isteri. Jadi saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Fasha.
Terdahulu, Fasha memuat naik foto dirinya berhijab ketika hadir ke majlis perkahwinan anak kepada aktres, Sheila Rusly dan semasa sambutan hari lahir putera sulung kepada aktres Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli baru-baru ini.
@ohbulanofficial Fasha Sandha enggan mengulas lanjut berkenaan penampilan terbaharunya yang kini tampil berhijab. #ohbulan #fyp #news #fashasandha #enggan #ulas #berhijab