Pelakon Fasha Sandha gagal menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga sahabatnya iaitu aktres Nur Fazura yang kini di ambang perceraian.
Artikel Berkaitan: Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Daripada Fattah – ‘Selamat Hari Lahir Mommy, Semoga Gembira & Bahagia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa Tenangkan Diri
‘Kawan sejak 17’
Sudah berkawan dengan Fazura sejak usia 17 tahun, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, berkata, apa yang dilalui pasangan tersebut adalah dugaan buat mereka.
Malah, Fasha turut mengenang kembali jasa Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal suatu ketika dahulu.
Saya dan Fazura kenal dah lama, kami kawan sejak usia saya 17 tahun, Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua rakan saya. Saya rapat dengan Fazura. Fazura adalah antara selebriti yang saya idolakan.
Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami berdua sangat emosi sehingga menangis.
Saya menangis sebab ingat pengorbanan Fazura beri baju raya sampai 20 pasang pada saya. Air mata ini bukan drama, kalau boleh tak mahu nangis namun apa yang terjadi adalah dugaan untuk Fazura dan keluarga.
Fazura sentiasa layan saya dengan baik. Saya kenang budi Fazura. Dia tidak pernah lupa memberikan saya baju raya sepanjang tiga tahun saya bergelar ibu tunggal.
Fasha berkata demikian ketika ditemui di acara Zumba With Abby Abadi dan pelancaran produk terbaharu Inayah Beauty iaitu Honey Lemon yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Mami Kembali menasihati orang ramai agar tidak mencampuri urusan rumah tangga Fattah dan Fazura, sebaliknyan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Fattah dan Fazura datang dari keluarga yang baik. Kita sebagai orang luar tidak boleh menilai apa yang berlaku terhadap mereka, hanya Fattah dan Fazura yang tahu kisah sebenar.
Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura.
@ohbulanofficial Baiknya Kak Faz.. ??#ohbulan #fyp #news #fashasandha #fazura #sedih #beri #bajuraya #20pasang ? original sound – OHBULAN!
Pernah berdepan kegagalan rumah tangga, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini berkata, dia memahami keputusan yang dibuat Fazura apabila nekad menuntut perceraian.
Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sebagai sahabat sudah pasti tidak mahu melihat dia di fasa terendah, namun hanya Fazura tahu apa yang dia lalui.
Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Sebab wanita ini ada hadnya. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan perceraian terhadap bekas suami iaitu Jejai.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.