Pelakon Fasha Sandha tampil menjawab dakwaan warganet yang mengatakan dia sering memuat naik aksi menari semenjak memiliki tubuh badan yang langsing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Saya Sihat’ – Fasha Sandha Tepis Dakwaan Netizen Kurus Sebab Sakit
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak
Menari sejak dulu
Menerusi kompilasi video tarian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan membuktikan bahawa dirinya gemar menari bersama suami dan anak-anak sejak dari dulu lagi.
Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget, semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget.
Terima kasih sister di atas teguran, cuma agak tersilap faktanya. Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy, gemuk ke , berisi ke, saya tetap joget dan gembira.
Tak ada masa nak edit gambar atau edit video nak jadikan saya kurus dalam gambar mahupun video.
Dalam pada itu, individu yang menegur Fasha turut menyatakan bahawa aktres itu tidak mempunyai perasaan segan terutama dengan keluarga mentua berikutan dia sering menghasilkan konten berjoget.
Menjawab persoalan tersebut, Fasha berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan personaliti dirinya tetap sama walaupun memiliki bentuk badan yang berbeza.
Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Sebab saya berjoget? Pada saya, tak perlu malu untuk jadi diri sendiri sister..Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit , juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih.
Tiada siapa pun sempurna di dunia ini sister, tiada siapa layak untuk nilai sesiapa pun.
Saya tetap bahagia dan enjoy, dulu dan sekarang. Jadi fakta yang mengatakan saya berisi saya berbeza itu, tak tepat ya. Saya tetap sama.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Fasha Sandha