Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mempunyai alasan mengapa dia menyembunyikan berita kehamilan sehingga selamat melahirkan cahaya mata lelaki hasil perkahwinan dengan Opai atau Aliff Awang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Mengaku Ibu & Isteri Bising Tak Kongsi Berita Mengenai Anak – ‘Usianya Sudah Masuk Tujuh Bulan Dah’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Tak Izin Anak Ceburi Industri Seni – ‘Kena Belajar & Hafal Al Quran’
Elak tomahan
Fatin, 30, berkata, tindakan merahsiakan berita tersebut untuk mengelak tomahan dan tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata orang luar yang ‘terpaling’ tahu dalam membesarkan anak.
Kongsi Fatin, dia akui tenang apabila dapat melalui tempoh hamil dan bersalin seperti orang biasa.
Kenapa ambil masa lama untuk umum sudah bersalin? Sebab saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak.
Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan beranak.
Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut saya minta (unnecessary advice).
Untuk elak fitnah dan tomahan, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak. Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen negatif.
Pengalaman pertama Opai
@fatinafeefa8 MashaAllah another blessing ?@Opai Alpiaw ? original sound – bukan fatin afeefa
Selain itu, pelakon filem Tentang Bulan ini berkata, tindakan tersebut juga dilakukan kerana ini merupakan pengalaman pertama buat suami menyambut zuriat.
Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar.
Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buat Opai. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal.
Terdahulu, Fatin mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia dan suami sudah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jibiril yang kini berusia tujuh bulan.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.
Sumber: TikTok