Pelakon Fatin Afeefa dan suami Aliff Awang, menyorot perhatian warganet selepas berbelanja lebih RM100,000 untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Dedah Opai Pernah Belajar Di UK, Ada Lesen Profesional ‘Oil & Gas’ – ‘Dia Boleh Dapat 300 Ke 600 Dolar Sehari’
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Fatin Tak Pernah Menang Sebarang Anugerah, Tapi Dia Menang Sebagai Isteri & Ibu’ – Opai
Tempahan baju raya
@fatinafeefa8 sebenarnya nak buat baju raya adik, tapi kakak dia pulak lelebih ? @JAKELTEXTILE
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin bersama suami dan anak-anaknya ke sebuah butik jenama pakaian terkenal untuk menempah baju sempena Aidilfitri.
Namun, yang menarik perhatian warganet adalah jumlah bayaran pakaian-pakaian tersebut yang berharga RM101, 450.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pasangan itu membeli-belah tanpa mengira wang untuk keluarga tercinta.
Dalam masa yang sama, mereka juga gembira dengan rezeki yang dilimpahkan kepada Fatin dan Aliff.
RM100k untuk baju raya, kalau saya RM100k tu buat pinjaman rumah.
Tak termasuk Aaryan (anak pertama) sudah belanja RM101, 450. Semoga dimewahkan rezeki.
Syukur, orang kaya kita orang Islam..seronok tengok.
Saya ulang tengok jumlah harga. Alhamdulillah, rezeki anak-anak dan isteri.
Rezeki Fatin, gembira kami tengok.
Sumber: TikTok Fatin Afeefa