Pelakon kacak, Fattah Amin mendedahkan tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya melainkan keluarganya sendiri.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Jarang Lepak Sejak Ada Fatima -‘Saya Lebih Banyak Menghabiskan Masa Bersama Keluarga’
Keluarga nombor satu
@pama.my Our family is always our top priority kan ? #fattahamin #anak #keluarga ? original sound – Pa&Ma
Menerusi video yang dimuat naik Pa&Ma di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin menyifatkan isteri dan anaknya iaitu Nur Fazura dan Nur Fatima Aisya sebagai insan yang paling penting dalam hidupnya.
Sudah tentu keluarga adalah nombor satu bagi saya.
Menurut Fattah, meskipun berjauhan, dia tetap dapat ‘melihat’ isteri dan anaknya melalui gambar yang dijadikan sebagai ‘wallpaper’ di telefon bimbitnya.
Ke mana-mana pun saya pergi memang inilah ‘wallpaper’ saya (sambil menunjuk telefon bimbit).
Lama dah sebenarnya gambar ini, tengoklah Fatima waktu ini pun kecil lagi. Umur dia dalam dua tahun rasanya masa ini.
Bila ‘shooting’ ke kan, inilah yang menjadi peneman saya.
Sementara itu, Fattah juga memaklumkan dia dan Fazura akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama meskipun mereka berdua sibuk dengan tuntutan kerja.
Kalau kami boleh buat bersama, kami akan buat juga. Contohnya macam solat.
Sibuk macam mana pun, kami akan selalu cari masa untuk makan sekali dan layan Fatima bersama-sama.
Video tersebut telah meraih perhatian wargamaya sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah netizen mengenai rumah tangga mereka sejak akhir-akhir ini.
Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga mereka pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima yang kini berusia tiga tahun.
Video
@pama.my Ohh ini cara Fattah Amin luangkan masa bersama isteri dan anak ? #fattahamin #fazura #keluarga ? original sound – Pa&Ma
Sumber: TikTok