Pelakon Fattah Amin memberitahu bahawa dia pernah menjuarai pertandingan nasyid semasa di bangku sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Menjiwai Lagu ‘Rapuh’, Netizen Turut Rasa Kesedihan – ‘Nyanyian Penuh Emosi..Kena Dengan Keadaan Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’
Juara kumpulan
@fattahamin998 Juara Kumpulan nasyid #fattahamin #fattahaminfans #rabbani #raihan #juara #johan #nasyid #fyp #fypage #fyp??
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia dan keluarganya amat meminati muzik bergenre nasyid malah sempat menonton beberapa buah konsert.
Dulu semasa kecil, saya pernah sertai kumpulan nasyid dan kumpulan itu menjadi juara dekat sekolah.
Saya, ayah dan adik beradik ayah, kami minat sangat dengan kumpulan nasyid. Raihan, Rabbani..semuanya kami pergi ke konsert mereka.
Walau bagaimanapun, aktor berusia 34 tahun tersebut berasa kecewa kerana genre muzik berkenaan kini tidak lagi mendapat sambutan yang sama seperti zaman fenomenanya dahulu.
Waktu itu memang zaman kegemilangan tapi sayang, nasyid sekarang sudah tidak seperti dahulu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji vokal pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu semasa mendendangkan lagu nasyid sebelum ini.
Dalam masa yang sama, mereka turut memberi cadangan supaya Fattah menubuhkan kumpulan nyanyian.
Patutlah suara Fattah sedap sangat bawa lagu Islamik.
Terbaik Fattah, buat kumpulan nasyid mesti meletop.
Tubuhkan group nasyid atau nyanyikan lagu-lagu Islamik dan kerohanian bukan jiwang-jiwang.
Sumber: TikTok