Meskipun berdepan dengan kemelut rumah tangga, namun ia tidak menghalang aktor kacak Fattah Amin untuk memantapkan kariernya sebagai pelakon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pangkat & Kemasyuran Takkan Kekal Lama’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Individu Dedah Sikap Fattah Amin – ‘Mereka Kata Dia Introvert, Suka Duduk Rumah Layan Anak’
Calon pelakon lelaki terbaik
@nisetumityou Terbukti Fattah Amin bukan pelakon biasa-biasa??????? #fattahamin #fattzura
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin baru-baru ini tercalon bagi kategori Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2024 menerusi drama Matahari Tak Bercahaya.
Dalam masa yang sama, aktres Nad Zainal (Pelakon TV Wanita Terbaik) dan pengarah Uchee Fukada (Pengarah Drama TV Terbaik) turut tercalon bagi anugerah tersebut.
Sokongan netizen
Tinjauan OhBulan!, mendapati pelakon filem Mat Kilau tersebut dihujani dengan sokongan daripada warganet.
Mereka berharap dan mendoakan agar Fattah dapat merangkul trofi di anugerah berkenaan berikutan mutu lakonannya yang dilihat semakin baik.
Sudah-sudahlah cakap dia pelakon kayu, itu dulu awal-awal dia jadi pelakon. Sekarang lakonan Fattah dah tajam seperti keris.
Dulu awal-awal je dia kayu, makin lama dia makin baik bila orang gelar dia kayu. Bagusnya dia, lakonan semakin baik selepas dengar kata-kata orang yang kritik dia.
Cerita ni sedih ya. Sejujurnya Fattah dah tak kayu.
Terdahulu, pada 13 September, isteri Fattah iaitu aktres Fazura memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada 25 November lalu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: TikTok