Pelakon Nur Fazura mendedahkan punca dia memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin adalah disebabkan aktor itu culas membayar nafkah dan berlaku curang terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin
Dua tahun hidup dalam sengsara
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, sudah dua tahun dia hidup dalam sengsara dan tidak berasa bahagia dalam perkahwinan.
Bertahun-tahun saya hidup dalam sengsara. Saya reda dengan perceraian ini. Dua tahun saya hidup dalam keadaan itu (sengsara).
Fattah telah abaikan nafkah saya dan Fatima. Kami juga tiada persefahaman, kami sudah lama tidak bahagia. Saya sudah lama bertahan dalam situasi ini (tidak bahagia).
Tetapi saya ambil pendekatan untuk kunci mulut kerana memikirkan tentang anak. Emosi dan mental saya sangat terganggu, saya tertekan.
Fattah juga berlaku curang terhadap saya, itu yang paling saya tidak boleh terima. Saya ada bukti dia curang.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Isnin.
Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan dia nekad mahu berpisah adalah disebabkab tidak sekufu dengan Fattah.
Saya sudah berkorban banyak untuk Fattah, saya sediakan tempat tinggal, makan minum, hadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan dia. Kenderaan itu dia bawa naik wanita yang haram baginya.
Jadi dakwaan kata saya tidak sekufu dengan Fattah adalah tidak benar sama sekali. Kalau kami tidak sekufu, dari awal saya tidak berkahwin dengannya.
Tetapi pengorbanan saya diambil kesempatan, itu yang membuat saya sangat kecewa. Saya kesal kerana telah berkorban banyak.
Video
@ohbulanofficial Replying to @jamilah Fazura tidak dapat menahan sebak selepas selesai kes penceraian hari ini ?#ohbulan #fyp #terkini #news #fazura #cerai #fattahamin #talak #satu
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.