Pelakon, Fazura memaklumkan kehidupannya lebih tenang dan bahagia selepas bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Artikel Berkaitan: ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus
Saya bersyukur kepada Allah
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkata, ungkapan katanya itu bukanlah untuk bersifat riak tetapi adalah kenyataan yang berlaku pada dirinya.
Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.
Saya bersyukur kepada Allah.
Fazura berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Tak hirau kecaman
Ketika ditanya mengenai kecaman yang diterimanya di media sosial, pelakon filem ‘Gol & Gincu’ memaklumkan dirinya tidak mengambil peduli dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.
Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepda Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu dan lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.
Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.