Pelakon Nur Fazura mendakwa tidak pernah sekali pun menerima duit raya daripada bekas suami, aktor Fattah Amin sepanjang tujuh tahun mereka berkahwin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin
Memang saya sedih
Selain dirinya, Fazura, 41, turut mendakwa, anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya juga tidak pernah menerima duit raya daripada aktor tersebut.
Kalau orang tanya tak kasihan ke dekat Fatima. Sejujurnya memang saya sedih, sepanjang empat tahun Fatima tidak pernah merasa duit raya daripada bapa dia.
Saya sendiri sepanjang tujuh tahun berkahwin dengan Fattah tidak pernah merasa duit raya daripada dia.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sejurus Fattah melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi Isnin.
Tiada niat memisahkan hubungan bapa dan anak, Fazura berkata, dia perlu membesarkan Fatima dalam keadaan yang sihat.
Seboleh-bolehnya tidak mahu memisahkan Fatima dengan bapanya. Tetapi nak buat macam mana kalau Fatima membesar melihat ibu bapa mereka tidak gembira.
Saya perlu besarkan Fatima dalam keadaan mental yang baik dan suasana gembira.
Bagaimana pasangan Fatima berlaku curang?
Dalam pada itu, Fazura turut mengajukan pertanyaan kepada Fattah bagaimana perasaanya jika melihat pasangan Fatima berlaku curang suatu hari nanti.
Saya nak tanya Fattah, macam mana perasaan dia kalau suatu hari nanti pasangan Fatima buat seperti mana dia buat kepada saya. Adakah dia bersetuju dan teruskan perkahwinan?
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Video
@ohbulanofficial Replying to @F?? ? Selama Fazura kahwin dengan Fattah tak pernah merasa duit raya daripadanya ?#ohbulan #fyp #news #terkini #fazura #tak #pernah #merasa #duitraya