Pelakon sensasi Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada jam 9.17 pagi bagi sebutan kedua kes perceraian yang difailkan terhadap suami, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin
Semoga dipermudahkan
Fazura yang hadir ditemani enam pengawal peribadi dan peguam berharap segala proses berjalanan dengan lancar.
Semoga dipermudahkan, Fatima dalam keadaan sihat.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkongsian yang dimuat naik awal pagi Isnin di Instagram, aktres berusia 41 tahun berkata sekadar hantaran biasa.
Tiada apa-apa, hanya posting biasa sahaja yang dikongsikan.
Fazura juga kelihatan tenang berjalan menuju ke kamar mahkamah sambil menjinjit tas tangan berjenama mewah beranggaran RM130,000.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian pertama yang berlangsung pada 25 September, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Video
@ohbulanofficial Fazura ditemani oleh 6 pegawai peribadi pagi ini bagi hadir prosiding kedua kes penceraian terhadap Fattah Amin #ohbulan #fyp #news #fattahamin #fazura #penceraian #mahkamah