Anak kepada aktor sensasi, Fattah Amin iaitu Fatima meraih perhatian apabila membuat kenyataan jujur sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi antara netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ada Kata Saya Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak, Itu Tidak Benar’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: ‘Fatima Jangan Bersedih, Hati Daddy Memelukmu Selamanya’ – Fattah Amin
Tak sayang Daddy
@syuhadaalis semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank ? sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah ? original sound – SYUHADA ALIS
Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat bersama Fatima mempromosikan produk keluarannya.
Pada perkongsian itu, Fazura menjawab susulan soalan daripada warganet yang bertanya mengenai anaknya yang menangis.
Walau bagaimanapun, jawapan Fatima memberi kejutan kepada rata-rata yang menonton ketika itu.
Saya tak nak Daddy.
Saya tak sayang Daddy dah.
Dalam pada itu, Fazura dipuji kerana memberi teguran kepada Fatima untuk tidak membenci ayahnya sendiri.
Tak boleh cakap macam itu.
Fatima selalu sayang Daddy, kan?
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami jawapan pemilik nama Nur Fatima Aisya yang dianggap normal kerana keliru dengan keadaan ibu bapa yang sudah berpisah.
Sumber: TikTok @syuhadaalia