Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada jam 9.25 pagi bagi sebutan permohonan cerai.
Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura Fail Cerai – ‘Saya Tahu Mengenai Permohonan Perceraian Melalui Media Sosial’
Tenang dan sihat
Fazura yang mengenakan baju serba putih kelihatan tenang sambil ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan dan lima orang pengawal peribadi.
Kata pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia berada dalam keadaan sihat dan tenang.
Alhamdulillah saya tenang dan sihat hari ini.
Sementara itu, Fattah yang tampak sugul dikatakan sudah tiba lebih awal namun berada di dalam kamar Sulh.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.
@ohbulanofficial Replying to @Melymell78 “Alhamdulillah saya sihat” -Fazura tenang menghadiri mahkamah hari ini bagi sebutan permohonan cerai terhadap Fattah Amin #ohbulan #fyp #news #fattahamin #fazura #cerai #mahkamah
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.