Menjadi seorang penyanyi ternyata merupakan impian selebriti, Fazura sejak dari bangku sekolah lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Artikel Berkaitan: ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus
Minat bernyanyi
@fazura.officialstore suka dengar Faz cakap indo lancar sangat ?? #fazura #tudungfazura cred vid: @seatodaynews
Menerusi temu bual bersama program Sea Today News, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia sudah mula menulis lirik lagu sejak kecil.
Sejujurnya impian saya dari zaman kanak-kanak adalah saya suka menyanyi.
Ketika saya berusia 11 atau 12 tahun, saya sudah menulis lirik sendiri.
Walau bagaimanapun, Fazura lebih memilih untuk menjadi pelakon berbanding penyanyi.
Saya akan pilih lakonan sebab saya menyukainya. Karier saya juga bermula dengan lakonan kemudian barulah nyanyian.
Kerjaya seni Fazura
Bercerita lanjut, aktres berusia 41 tahun itu turut berkongsi tentang perjalanan kerjaya seninya yang bermula daripada seorang model sebelum membintangi filem pertama.
Saya menjadi model untuk iklan TV, kemudian jadi duta untuk beberapa jenama di Malaysia dan saya pun dilamar untuk berlakon dalam sebuah filem.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hancur Aku berkongsi beberapa filem yang tidak dapat dilupakan proses penggambarannya serta karakter yang paling disukainya.
Ianya adalah filem seram iaitu, The Legend of Pontianak dan filem Gol dan Gincu. Di mana filem tersebut telah membuatkan saya menjadi terkenal semasa di awal kemunculan saya. Dan sudah semestinya Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Saya suka sangat dengan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia kerana saya memenangi anugerah pelakon wanita terbaik. Selain itu, jalan ceritanya yang menarik, saya juga dapat bekerja dengan pengarah dan rakan-rakan pelakon yang saya suka.
Terdahulu, Fazura juga berkesempatan menyanyikan sebuah lagu duet bersama bekas suaminya, Fattah Amin yang berjudul Bertahan Demi Cinta di program tersebut.
Sebelum itu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok