Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dia dipertemukan jodoh.
Artikel Berkaitan: Fazura Selesai Jalani Tempoh Idah – ‘The End Of It All & The Beginning Of Everything’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Doakan Auntie Dapat Baby Boy Ye’ – Fazura
‘Doakan Faz’
@aiteetalhah Fazura berharap bertemu jodoh terbaik.#fazura #jodoh #jodohpastibertemu #nikah #fypmalaysia #fypindonesia #brunei ? original sound – officialnohsalleh
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin sedang membuat tutorial tudung ketika sedang bersiaran langsung di TikTok. Tiba-tiba seorang individu yang merupakan pekerja Fazura membaca komen daripada netizen yang memuji aktres itu nampak lawa dan berseri seperti ingin bernikah.
Sejurus mendengar pujian tersebut, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin ini bersahaja meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ujar Fazura lagi, bagaimanapun dia ketika ini ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak perempuannya, Fatima dan kerja. Namun, tidak menolak sekiranya ditakdirkan Allah SWT untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya. Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya. dan Fatima. Doakan okay.
Pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober 2024.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok