Di Instagram, penyampai radio Fizi Ali memuat naik video pendek yang memaparkan telatah anaknya iaitu Ameena Sofia sedang sibuk bercerita mengenai pengalaman bercuti di Sapporo, Jepun.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri & Suami Bawa Anak-Anak Bercuti Di Sapporo, Jepun – ‘Fasa Nak Kenal, Baik & Gaduh Itu Benar’
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri
Teruja cerita mengenai percutian di Jepun
Menerusi video pendek tersebut, Ameena berkongsi pengalamannya bermain salji. Menurut Ameena, dia sempat merasa salji tatkala tiada siapa memerhatinya. Tambah Ameena dengan nada kelakar, salji tersebut sama seperti ais kepal.
Minggu ni giliran daddy dan mama jaga. Jumpa-jumpa je excited dia nak cerita pasal dia pergi bercuti dekat Jepun. Sebenarnya panjang lagi video dia explain pasal dekat sana. Dekat setengah jam juga la dia cerita. Gembira daddy dengar awak bercerita. Alhamdulillah.
Terdahulu, pelakon Shakilla Khoriri dan suami, Mohd Fariz dilihat membawa anak-anak mereka pergi bercuti di Sapporo. Ujar Shakilla, percutian tersebut merupakan percutian pertama buat Ameena bersama anak suaminya. Jelas Shakilla, semuanya masih dalam kawalan dan mereka dalam fasa berkenalan.
Video
View this post on Instagram
Sekadar info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada Februari 2018 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia. Namun begitu, hubungan mereka tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.
Awal tahun ini, Shakilla mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan Fariz. Difahamkan, Fariz seorang duda yang mempunyai seorang anak.
Sumber: Fizi Ali