Penyampai radio Fizi Ali akui terkilan apabila prosiding sulh bagi membincangkan hak hadanah anaknya, Ameena Sofia tidak mencapai kata sepakat dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Dakwa Sudah Ada Teman Lelaki Sejak Sebelum Bercerai? – ‘Acah Suci Hidup Sorang’
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Sedih Anak Terkena Tempias Konflik Dengan Fizi Ali – ‘Kalau Ada Penyerang Hendap Buru, Umi Depan Awak’
Memang betul terkilan
Penyampai radio Fizi Ali akui terkilan apabila prosiding sulh bagi membincangkan hak hadanah anaknya, Ameena Sofia tidak mencapai kata sepakat dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Ketika ditemui OhBulan! Fizi berkata dia mahu menamatkan polemik yang berlaku dengan segera, namun terpaksa akur apabila bekas isteri tidak bersetuju dengan permintaanya.
Malah, Fizi dilihat gagal menahan air mata apabila dia mendakwa sudah dua bulan tidak berjumpa dengan anaknya.
Ya memang betul (terkilan), saya harap sepatutnya habiskan hari ini, saya dah penat dah. Saya sangat-sangat rindu anak saya, sudah 2 bulan tak jumpa anak saya. Ini adalah waktu paling lama saya tidak berjumpa anak.
Yang saya boleh bagitahu, kedua-dua belah pihak tidak mendapat kata putus dan persetujuan untuk hak penjagaan anak. Akan dibicarakan dalam mahkamah.
Shakilla tidak bersetuju dengan permintaan saya. Antara tuntutan pihak saya adalah mengenai hak lawatan dan hadanah kekal.
Fizi berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding sulh mengenai kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Boleh bincang cara baik
@ohbulanofficial Tersebak Fizi Ali merindui akan anaknya, Ameena Sofia ??#ohbulan #fyp #news #fiziali ? Very Sad – Enchan
Dalam pada itu, Fizi berkata isu membabitkan hak penjagaan anak tidak seharusnya diperbesarkan.
Sepatutnya perkara ini tidak menjadi masalah besar, anak itu layak mendapat kasih sayang sama rata. Sebelum ini okay sahaja kami berbincang tentang anak.
Boleh sahaja diselesaikan di luar mahkamah, boleh bincang dengan cara baik oleh kedua-dua pihak.
Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.
Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.
Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.