Pelakon dan pengacara, Fizo Omar akui ada mendengar khabar angin yang mendakwa bekas isteri iaitu usahawan, Mawar Karim sudah mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Fizo Omar Diserang Vertigo, Jatuh Tersembam Ketika Solat Subuh
Artikel Berkaitan: ‘Masih Lagi Diisytihar Bankrap 8 Juta’ – Fizo Omar
Doakan yang terbaik
Ketika ditemui OhBulan! Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bagaimanapun tidak berani untuk mengesahkan mengenai hal tersebut.
Menurut aktor itu, lebih baik sekiranya berita itu disahkan sendiri oleh Mawar.
Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang dari pelbagai sudut.
Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan empunya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.
Selebihnya tanya dia sendiri, saya tidak berani untuk bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana hanya bekas suami.
Fizo berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam masa sama, aktor berusia 38 tahun itu berkata sekiranya khabar angin tersebut benar, dia mendoakan kebahagian bekas isteri dengan pasangannya.
Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.
Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.
Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan usahawan Mawar Karim sudah menamatkan zaman janda dengan seorang ahli kenamaan.
Sementara itu, Fizo tidak menafikan dirinya pernah mengucapkan tahniah kepada Mawar di atas perkahwinannya menerusi sepotong video yang tular sebelum ini.
Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.