berita

[VIDEO] Netizen Tak Senang Azfar Heri Dapat ‘Sekampit’ Kacang MAS, Zarul Umbrella Bagi Respon – ‘Paling Banyak Pun Dapat Lima Pek’

September 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan pempengaruh media sosial, Azfar Heri, berkongsi gambar menerima satu plastik yang berisi ‘salted peanuts’ ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengundang respon penyanyi Zarul Umbrella.

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Tepis Dakwaan Kahwin Sebab Harta, Selesa Cari Duit Sendiri – ‘Kakak Beli Rumah Untuk Ibu & Ada Enam Kereta’

Kena patuh SOP

@zarulumbrellaofficialIni pendapat saya melalui pengalaman? original sound – zarulumbrellaofficial

Zarul yang merupakan bekas pramugara MAS menyatakan penumpang tidak sepatutnya diberikan sebungkus plastik besar kacang kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi video di TikTok, Zarul, 48, berkata, setiap penumpang hanya boleh diberikan maksimum lima pek mengikut permintaan.

Pada pendapat saya, isu ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Sebenarnya kacang itu jika ikut SOP hanya perlu diberikan satu pek bagi setiap penumpang.

Kalau ada yang minta, mungkin boleh beri dua atau tiga pek, paling banyak pun lima.

Kalau ada penumpang minta nak bawa pulang, bolehlah kita bagi satu pek kecil itu dalam 10 paket, itu pun kalau ada lebihan.

Mungkin dah suruh rahsia..

Sebelum ini, Azfar membuat ciapan di Twitter meluahkan rasa gembira apabila menerima sekitar 30 pek kacang ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zairulkefli Husin turut berpendapat berkemungkinan pramugari yang bertugas sudah mengingatkan Azfar untuk merahsiakan pemberian itu.

Mungkin pempengaruh itu tak tahu (SOP), dia pun kongsilah. Best dapat kacang famous.

Cuma di pihak kabin kru itu, ada buat kesilapan kerana tidak sepatutnya memberi dalam jumlah yang banyak kepada penumpang. Kalau nak bagi, diam-diamlah.

Sumber: TikTok @zarulumbrellaofficial

SKIP THIS AD ×