Seperti diketahui ramai, penyanyi Fyna Jebat dan madu, Datin Zalina Zaini, sudah menarik semula laporan mengenai insiden tarik rambut di sebuah premis makanan kerana bengang selepas suaminya dikatakan berkahwin secara senyap.
Artikel Berkaitan: ‘Sesuai Dengan Awak Dik’ – Main Filter TikTok, Ayda Jebat Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak Penyondol
Ramai mendoakan
@ohbulanofficial Amboi sweetnyaaaa ?? #ohbulan #fyp #sembangentertaiment #datukzainalabidin #rakan #fynajebat #buat #persembahan ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Fyna bersyukur kerana hubungan tegang dengan Zalina sudah jernih.
Kata Fyna, dia dan Zalina sepakat untuk berbaik selain memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan dengan Datuk Zainal Abidin.
Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.
Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami.
Fyna berkata demikian pada majlis pelancaran produk Eodos Serum di Hotel Tenera Bangi, Selangor, pada Jumaat.
Sibuk dengan kerja
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Syafinaz Jebat menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu, namun terhalang disebabkan kekangan kerjaya.
Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat.
Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Pada awal Januari, Fyna mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular itu.
Foto: Rohanis Shukri