
Penyanyi Fyna Jebat memaklumkan bahawa keputusan untuk mendedahkan status sebenarnya dibuat demi memperjuangkan hak anak perempuannya.
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Luahan Disimpan Saya Tuju Pada Zainal Abidin..Isteri Pertama Tak Tahu Saya Masih Lagi Isteri Dia’ – Fyna Jebat
Artikel Berkaitan: Fyna Jebat Dakwa Jadi Simpanan Selama Empat Tahun, Pilih Mahkamah Sebagai Solusi – ‘Anak Aku Sampai Nak Masuk Dua Tahun’
Anak kurang perhatian bapa

Merujuk kepada laporan Mstar, Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 31, mendakwa anak mereka iaitu Puteri, tidak menerima perhatian serta kasih sayang yang sepatutnya daripada bapanya, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Keputusan untuk dedahkan semua ini dibuat selepas dah tak mampu nak bertahan.
Cukuplah selama empat tahun (disimpan) dan anak saya pula nak masuk usia dua tahun.
Takkan nak tunggu sampai dia sekolah?
Dan orang masih tidak tahu siapa bapa sebenarnya?
Kesianlah kepada anak saya nanti.
Saya mahu anak saya dapat kasih sayang yang secukupnya daripada seorang bapa.
Tambahnya lagi, sepanjang dua tahun sejak Puteri dilahirkan, Zainal didakwa tidak pernah bermalam mahupun meluangkan masa bersama anak mereka.
Dia bukan tidak pernah jumpa Puteri selama ini. Pernah sahaja.
Tapi hanya sekadar berjumpa. Kalau nak kata tidur bersama itu, memang tidak pernah.
Saya mahu Puteri dapatkan kasih sayang daripada seorang bapa yang secukupnya.
Perlu rahsiakan identiti

Dalam pada itu, Fyna turut meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa merahsiakan identiti anaknya di media sosial demi menjaga keharmonian rumah tangga pertama suaminya.
Ujarnya lagi, dia berasa pilu kerana terpaksa berpura-pura sehingga tidak berpeluang berkongsi detik bermakna bersama Puteri kepada umum.
Saya nak letak gambar anak di media sosial pun tidak boleh sebab mahu jaga hati dia.
Nak kena ‘cover’ untuk dia semata-mata demi keharmonian rumah tangga sebelah sana.
Sedih sebenarnya apabila keadaan jadi macam ini.
Terdahulu, Fyna tampil meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah melampaui batas.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fyna mendakwa dirinya disimpan selama empat tahun oleh seorang individu yang identitinya tidak didedahkan.
Fyna turut memberi bayangan bahawa individu terbabit pernah melakukan sesuatu yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya serta anaknya yang kini hampir berusia dua tahun.
Untuk info, Fyna dan Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri.
Sumber: Mstar








