berita

[VIDEO] Gadis Lukis Wajah Jejaka Misteri Muncul Dalam Mimpi, Sekali ‘Dia’ Betul-Betul Datang!

January 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini pasti pernah melalui pelbagai mimpi yang berbeza ketika tidur. Tidak kiralah mimpi indah, sedih atau menakutkan. Tetapi tidak semua orang mampu mengingat kembali butiran mimpi tersebut.

Tetapi lain pula kisahnya dengan seorang gadis ini apabila dia akhirnya ‘berjumpa’ dengan insan yang pernah muncul dalam mimpinya.

Jejaka misteri dalam mimpi

@aliciaeva9Bantu aku cari dia yuuk! ?? Duetin ya kalo ketemu ?? belum pamitan nih hahaha #cerita #mimpi #lukisan #seni? Home – Edith Whiskers


Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Alicia Eva di TikTok memaparkan dia sedang melukis wajah seorang jejaka yang ditemui dalam mimpinya sebelum ini. Sementara sedang melukis, dia turut bercerita mengenai kejadian mimpi yang dilaluinya. Mimpi itu dikatakan berlaku sekitar tahun 1940 iaitu kita berada di dalam satu kapal besar.

Gadis ini merupakan penumpang kapal berkenaan manakala jejaka misteri itu adalah seorang pelaut. Malah, lelaki misteri berkenaan sempat mengajar gadis ini cara menjatuhkan sauh, mencari arah mata angin, cara baca ombak dan sebagainya. Bermula dari situ mereka mula ‘berkawan’.

Memang sama macam lukisan!

@farharris_#duet with @aliciaeva9 haii ?? #foryourpage #foryou #fyp #xyzbca? Home – Edith Whiskers


Tambah Alicia lagi, meskipun ia hanyalah mimpi indah yang pernah dialaminya tetapi dia dengan nada berseloroh meminta pengguna TikTok untuk membantu ‘mencari’ jejaka tersebut di alam nyata ini.

Tetapi siapa sangka, rupa-rupanya jejaka itu memang wujud! Seorang jejaka telah muncul dan membuat satu TikTok ‘berduet’ dengan video yang dikongsikan oleh Alica. Jika dilihat muka jejaka itu, ciri-cirinya persis seperti wajah yang dilukis oleh Alicia. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah orang yang sama ‘muncul’ dalam mimpi Alicia atau pun tidak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen agak terkejut dengan ‘kemunculan’ jejaka itu. Malah ada di antara mereka yang yakin bahawa jejaka itu adalah insan yang muncul dalam mimpi gadis itu.

Sumber: Aliciaeva9, Farharris

SKIP THIS AD ×