berita

[VIDEO] Gajah Mengamuk Pemandu Belakang Bunyi Hon, 5 Individu Berjaya Selamatkan Diri

August 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Gerik, Perak, lima individu bernasib baik apabila berjaya keluar daripada kenderaan untuk menyelamatkan diri apabila seekor gajah mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) kira-kira pukul 7 malam semalam.

Kereta belakang bunyi hon

Menerusi laporan Sinar Harian, kenderaan itu dipercayai menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa. Sementara itu, seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon. Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain untuk berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa. Tambahnya, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.

Pemandu perlu bersabar

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, kenderaan mangsa mengalami kerosokan kecil dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku. Manakala, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff memaklumkan pihaknya sudah menghantar beberapa kakitangan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan lanjut dan pemantauan.

Nasihat turut diberikan kepada para pemandu agar bersabar dan tidak memasang lampu tinggi ketika melalui kawasan berkenaan pada waktu malam. Larangan untuk tidka bunyikan hon juga diberikan kepada para pemandu.

Sumber: Sinar Harian & Mohd Redzuan Abdul Manap

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×