berita

[VIDEO] Gara-Gara Bunyikan Hon, Gadis Dibelasah Teruk Lelaki Tua. Siap Bawa Pisau Lagi!

December 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial tular satu video seorang pemandu wanita yang ‘dibelasah’ oleh seorang lelaki berusia 50-an. Kejadian tersebut berpunca akibat wanita itu bertindak membunyikan hon supaya lelaki itu mengalih kenderaannya yang menghalang pengguna yang lain untuk memasuki lot parkir itu.

Kejadian tersebut berlaku dua hari yang lepas, di Amadesa Resort Condominium, Kuala Lumpur.

Wanita kena belasah

Menerui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki itu bertindak ‘membelasah’ wanita itu tanpa ada sikap belas kasihan. Mangsa yang dikenali sebagai Snow Kongberkongsi detik cemas itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Facebook.

Semasa memandu pulang ke tempat letak kereta Amadesa Resort Condominium, Mercedes Benz berwarna biru gelap menghalang laluan untuk masuk ke tempat letak kereta. Saya menunggu beberapa minit sebelum saya mula membunyikan hon dan akhirnya kereta tersebut bergerak sehingga saya boleh meletakkan kenderaan saya di tempat itu. Setelah kereta dikunci, saya berjalan menuju ke tangga lobi. Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki dianggarkan berusia 50-an datang dan bertanyakan kepada saya siapakah yang membunyikan hon tersebut. Setelah pengakuan dibuat lelaki itu bertindak menumbuk di kepala dan wajah saya.

Takut dengan apa yang terjadi, wanita itu bertindak melarikan diri di sebalik kereta-kereta yang lain. Pada masa yang sama dia telah membuat panggilan kepada ayahnya dan menceritakan apa yang telah terjadi. Namun, lelaki itu bertindak ‘seolah-olah’ melarikan diri selepas apa yang telah terjadi.

Akibat pukulan yang kuat, mulut dan gusi saya berdarah teruk. Tambahan pula, kesan pukulan di kepala menyebabkan saya berasa sakit kepala akibat gegaran yang dialami. Ayah saya juga bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan susulan. Sementara menunggu polis datang, pengawal keselamatan berjaya membawa lelaki tersebut untuk turun ke tempat kejadian. Tetapi, lelaki itu siap bawak pisau yang diletakkan di belakang punggungnya.

Ayah kepada mangsa sempat bertanyakan akan tindakan lelaki itu, tetapi dia (suspek) ketika itu bertindak menjerit semula kepadanya. Tidak berakhir di situ, suspek sekali lagi cuba untuk menyerang mangsa dan ayahnya, tetapi berjaya dihalang oleh anak-anak suspek. Setibanya polis di tempat kejadian, suspek bertindak membuang pisau tersebut seolah-olah mahu menyembunyikan bukti. Kini, lelaki itu telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru.

Laporan polis dibuat

Susulan daripada itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras susulan kes yang menimpanya. Mangsa juga telah mendapatkan rawatan cemas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Akhirnya anak-anak kepada suspek telah datang membuat permohonan maaf kepadanya dan menyatakan keadaan bapanya ketika itu yang sedang mengalami ‘tekanan’.

Sumber: Snow Kong  Mohd Redzuan Abd Manap

SKIP THIS AD ×