Menjadi seorang guru bukan lah satu perkara yang mudah. Selain memberi ilmu, seorang guru juga berperanan sebagai ‘ibu bapa’ di sekolah. Mereka perlu mendidik serta mengawal tingkah laku pelajar dan terpaksa menanggung segala risiko yang berkemungkinan akan terjadi.
Terbaru, seorang guru di salah sebuah sekolah di Indonesia mengalami kecederaan pada wajahnya apabila dia diserang oleh keluarga salah seorang pelajar.
Diserang ketika sedang mengajar
Menerusi Sindo News, Astiah yang sedang mengajar di dalam kelas secara tiba-tiba diserang oleh keluarga salah seorang pelajarnya.
Kejadian dipercayai berpunca apabila Astiah dikatakan cuba untuk meleraikan pertengkaran yang berlaku antara pelajar di dalam kelasnya. Akan tetapi tindakan mulianya itu membuatkan keluarga pelajar tersebut berang dan nekad untuk menyerang serta memukulnya.
Kejadian itu turut disaksikan oleh pelajar lain yang berada di dalam kelas. Mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada pihak sekolah sebelum perkara ini dibawa kepada pihak polis.
Mereka masuk ke kelas dan menyerang ketika saya sedang mengajar.
Yang saya kesal adalah sikap keluarga pelajar tersebut yang datang ke sekolah dengan keadaan marah dan tidak bercakap secara baik.
Keluarga mohon maaf
Tambahnya lagi, sebagai seorang guru kelas, dia sentiasa menyelesaikan segala masalah serta pertengkaran yang berlaku antara pelajar dan kebiasaannya tidak melibatkan ahli keluarga yang lain.
Saya harap kejadian seperti ini dapat memberi pengajaran buat ibu bapa yang lain supaya menyelesaikan masalah anaknya dengan cara yang baik dan bukan dengan cara kasar.
Dua orang suspek yang memukul guru tersebut telah ditahan oleh pihak polis dan mereka telah tampil memohon maaf kapada Astiah.
Saya memohon maaf pada cikgu Astiah dan sangat menyesal atas perbuatan yang saya lakukan itu.
Pelajar terbabit tidak akan dihukum dan akan meneruskan persekolahan seperti biasa kerana dia didapati tidak terlibat dengan tindakan ahli keluarganya yang menyerang guru tersebut.
Sumber: Sindo News, Detik News, Youtube