berita

[VIDEO] Gelabah Terperangkap Dalam Bank, Member Sempat Rakam Gelagat Rakan ‘Minta Tolong’ Siap Ketuk Pintu Lagi!

June 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setiap bank di negara ini sudah pasti mempunyai kamera litar tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Bukan itu sahaja, pintu bank tersebut akan tertutup secara automatik tepat pukul 8 malam sepanjang tempoh ‘lockdown’ di Malaysia.

Di TikTok, viral sebuah video mengenai seorang lelaki yang berdepan detik cemas apabila terperangkap di sebuah cawangan bank baru-baru ini. Video tersebut berjaya dirakam oleh rakannya sendiri iaitu Hafif Hiqal semasa berada di dalam kereta.

Tak sempat keluar

@hafifhiqalmamber teperngkap di bank nsip lah ad sebsor tu haah #fyp? bunyi asal – ??????????

Menerusi rakaman video tersebut, Hafif dipercayai sedang menunggu rakannya untuk membawa keluar wang dari mesin ATM bank tersebut. Secara kebetulan, Hafif terakam gelagat rakannya yang tidak dapat keluar dari bank tersebut setelah mengeluarkan wang. Menurut Hafif, pintu utama bank telah dikunci secara automatik ketika kejadian.

Meskipun sudah beberapa kali menekan butang kecemasan, pintu tersebut dipercayai tidak berfungsi. Mujur, selepas lima minit rakannya berjaya keluar dari bank tersebut. Hafif sempat menyakat rakannya itu sekiranya dia betul-betul terperangkap sepanjang malam.

Santai dengar lagu

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki tersebut sewaktu terperangkap. Bahkan, ada juga yang meluahkan rasa takut seandainya mereka berada di tempat lelaki itu. Setakat ini, video tersebut telah meraih 600 ribu jumlah tontonan dan 85 ribu tanda suka.

Sumber: Hafif Hiqal

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×