Telatah pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dengan anak angkatnya iaitu Nur Izzara telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Nama Restoran Di R&R Beri Alyah Idea Untuk Namakan Anak Angkat Nur Izzara – ‘Saya Tak Pernah Ada Pengalaman Namakan Anak’
Artikel Berkaitan: Nur Izzara Penyeri Rumah Tangga Alyah & Ramli MS – ‘Engkaulah Perancang Terbaik’
Kasih sayang bapa
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik oleh Datin Alyah di Instagram (IG), kelihatan Ramli sedang melayan Izzara dan berbual-bual dengannya.
Pengarah muzik berusia 66 tahun tersebut sambil memegang jari jemari kecil bayinya itu bertanya tentang makanan walaupun Izzara masih belum boleh bercakap.
Nak susu? Nak makan apa beritahu. Burger? Mana boleh makan burger, nak burger apa?
Oh! Nak duit?
Di ruangan kapsyen video tersebut pelantun lagu Kisah hati itu berkata suaminya bersikap berbeza semenjak Izzara hadir dalam hidup mereka.
Peramah dua beranak ni, daddy dengan mummy tiga patah saja bercakap sehari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Ramli dengan menyifatkannya sebagai seorang bapa yang penyanyang meskipun dia memiliki karakter tegas dan garang.
Subhanallah pandai suami layan baby.
Tok Ram ni sebenarnya kelakar, ingatkan tahu marah je.
Sisi lain Tok Ram, peramah dengan baby.
Tengah ‘bonding time’ dengan ayah dia.
Terdahulu, Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram (IG).
Imbas kembali, Alyah dan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.