Penyanyi bervokal lantang, Marsha Milan telah diundang membuat persembahan bersama delegasi Malaysia bagi mewakili negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang berlangsung di Shanghai, China, pada 25 dan 26 Mei lalu.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Lancar Muzik Video ‘Hening Rindu’, Rupanya Ada Plot Twist Drama ‘Lelaki Itu’
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Bakal Terbang Ke China, Bawa Budaya Sabah Ke Pentas Antarabangsa
Marsha bumi Shanghai
Pada acara tersebut, pemilik nama lengkap Marsha Milan Londoh, 36, telah menyampaikan beberapa buah lagu, antaranya lagu hits miliknya berjudul Cinta dan Sumandak Sabah.
Persembahan yang berlangsung selama 30 minit bagi setiap sesi itu berjaya memukau masyarakat China tempatan yang terpegun dengan vokal lantang Marsha.
Sebelum ini, single Marsha berjudul ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ yang merupakan runut bunyi atau ‘ost’ drama Lelaki Itu berjaya mencatat 191,000 tontonan di YouTube sekali gus menjadikan lagu itu trending dan menduduki tangga ke-25.
Kejayaan lagu ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ juga berjaya mendapat tempat di hati pengguna platform TikTok apabila berjaya meraih 70 juta tontonan.
Selain ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’, dengarkan juga lagu ‘Hening’ yang merupakan ‘ost’ bagi drama Aku Bukan Ustazah yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.