Seorang lelaki berkongsi kisah sedih apabila hubungan cinta yang dibina selama dua tahun musnah sekelip mata selepas mendapati kekasih hati berlaku curang di belakangnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Lelaki Hamilkan Anak Orang, Paksa Gugur Kandungan? – ‘Keluarga Dia Orang Berada’
Artikel Berkaitan: Hubungan Mesra ‘Bawa’ Ke Ranjang, Isteri Curang Berubah Jadi Panas Baran & Abai Anak-Anak
2 tahun musnah
Menerusi perkongsian di laman TikTok, lelaki yang dikenali dengan nama Fayyed berkata, dia pada awalnya terdetik untuk mengikuti seorang individu di laman Instagram.
Bagaimanapun, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati individu berkenaan ada memuat naik beberapa foto yang memaparkan aksi mesra bersama kekasihnya itu.
Tambah memeranjatkan lagi apabila individu itu mendedahkan dia sudah pun menjalin hubungan cinta dengan wanita tersebut selama 10 bulan.
Terima kasih, sepandai- pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Terdetik jugak nak follow Instagram lelaki itu , bila follow terkejut tengok yang lelaki tu post awek aku , memang dah lama lelaki tu post.
Bila tanya kat lelaki tu , 10 bulan sudah hubungan dengan dia, Allahu. Akhirnya tuhan tunjukkan juga , betul kan naluri saya selama ini?
Allahu ketar tangan saya tulis , air mata jatuh tengok semua benda ni. Sangka sekejam ini awak balas dekat saya , nak dekat dua tahun hubungan kita , hancur disebabkan orang baru .
Dalam diam ada hubungan dengan lelaki lain , bercinta dengan lelaki sama tempat kerja.
‘kejam’
Tambah Fayyed lagi, dia tidak menyangka apabila pengorbanan yang selama ini dilakukan terhadap wanita yang dicintai dibalas dengan perbuatan ‘kejam’.
Saya yang mula-mula teman awak sampai naik bas nak pergi kerja luar dengan harapan semoga berjaya tapi lain yang jadi .
Siapa tak sakit perempuan kita terima apa adanya, terima baik buruk dia , terima baik buruk kisah silam dia , dibalas sekejam ini?
Saya hanya kehilangan seseorang yang tidak mencintaiku, namun dia telah kehilangan seseorang yang sangat mencintainya dengan ikhlas tanpa memikirkan apapun kekurangannya.
Kebahagiaan bukan terletak kepada kemewahan, kalau ada orang yang sanggup susah senang dengan kau tolonglah hargai sebelum ia pergi tanpa kembali.
Terima kasih sebab menduakan saya selama 10 bulan.
Video
@fayedsigaraga Terima Kasih ? “sepandai pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah juga” terdetik jugak nak follow ig laki ni , bila try follow terkejut tengok yang lelaki tu post itu awek aku , memang dh lama laki tu post . bila tanya kat laki tu , 10 bulan sudah relay dengan dia . allahu ? akhirnya tuhan tunjukkan juga , betul kan naluri saya selama ini? ? allahu ketor tangan saya tulis , airtmata jatuh tengok semua benda ni . dok sangka sekejam ini awak balas dekat saya , nak dekat 2 tahun relay kita , hancur disebabkan orang baru . dalam diam ada relay dgn laki lain , bercinta dengan laki sama tempat kerja . saya yang mula2 teman awak sampai naik bas nk p keja luar dengan harapan semoga berjaya tpi lain yang jadi . tidak menyesal saya izinkan awok kerja kt luar negeri , sebab niat saya hanyalah untuk awk dapat keje yang lebih baik dan selesa . tapi apakan daya dalam pada yg sama awk cari laki yang lebih baik kt sana . sakit ya memang sakit , sapa ja tak sakit perempuan kita terima apa adanya , terima baik buruk dia , terima baik buruk kisah silam dia , dibalas sekejam ini? saya hanya kehilangan seseorang yang tidak mencintaiku, namun dia telah kehilangan seseorang yang sangat mencintainya dengan ikhlas tanpa memikirkan apapun kekurangannya. kebahagiaan bukan terletak kepada kemewahan , kalau ada orang yang sanggup susah senang dengan kau tolonglah hargai sebelum ia pergi tanpa kembali. malas nak taip panjang panjang , cukup sekadar ini sahaja. sekian. TERIMA KASIH SEBAB MENDUAKAN SAYA SELAMA 10 BULAN ??? #curang ? Cinta Terakhir – Aiman
Sumber: TikTok