Anak kepada pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial berikutan petah berkata-kata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Baik Tau Cakap Pasal Orang, Berdosa’ – Anak Zahirah MacWilson Pesan Berbuat Baik Kepada Semua Orang
Daddy rasa bersalah
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Isaac kelihatan mengadu kepada ibu bapanya mengenai kehilangan coklat yang dibeli olehnya. Ujar Isaac, dia mempunyai bukti bahawa coklat tersebut telah hilang dan ada orang yang memakannya.
Lucu melihat gelagat Isaac, Aiman mengaku bahawa dia telah makan coklat tersebut sewaktu sedang memandu. Tambah Aiman, pada waktu itu anaknya telah tidur.
Tidak henti di situ, raut muka Isaac yang selamba terkejut itu berjaya membuatkan netizen terhibur. Lebih mencuri perhatian, Isaac menyuruh Aiman masuk ke penjara susulan makan coklatnya.
Malam tadi Isaac beli tu, coklat ball..evidence of this. Is it daddy? Haa go to jail. Now.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Isaac Raees