berita

[VIDEO] Guna Gelaran ‘Mami’ Di Media Sosial, Ini Respons Azhar Sulaiman Selepas Dilabel Pondan

January 31st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, pelakon, Azhar Sulaiman tampil memberi respons berhubung dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang yang lembut dan pondan.

Lelaki yang tulen

Dakwaan tersebut timbul apabila Azhar menggelarkan dirinya sebagai ‘Mami’ di media sosial. Tidak berdiam diri, Azhar memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok demi menjelaskan ‘panggilan’ tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik, Azhar yang sedang berada di set penggambaran bertanya kepada pelakon jelita, Ruhainies berhubung panggilan ‘Mami’ serta pendapatnya sama ada dirinya adalah pondan mahupun tidak.

Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran ‘Mami’, pondan ke? Jom kita tanya orang Penang. Ruhainies, is it ok untuk Abang Har guna gelaran Mami?

Menurut Ruhainies, Azhar seorang lelaki yang tulen. Tambahnya, dia sudah menganggap bapa kepada tiga orang cahaya mata itu macam abang sendiri.

Mami tu dia macam kephochi je. Macam makcik bawang, mami jarum la. Jantan tulen lah of course. Dah macam abang saya sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Azhar ketika bertanya soalan tersebut kepada Ruhainies.

Sumber: Azhar Sulaiman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×