berita

[VIDEO] Guru Terharu Murid Belikan Hadiah Guna Duit Menabung Jual Ikan

November 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Peribahasa ‘guru ibarat lilin’ sering kali kita dengar dan menggambarkan pengorbanan seorang guru yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak muridnya dapat mempelajari ilmu yang diturunkan.

Namun, ini kisah lain pula yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah, tentang ‘pengorbanan’ anak muridnya yang membuatkan ramai orang terharu.

Hadiah untuk cikgu Farrah

Kalau dengar cara aku sembang dan tanya kahaq noh serupa tengah marah.. mak tiri mmg lagutu.. hakikatnya aku dok tahan ja wey sebak sbb anak murid aku ingat nak beli kat aku bukan pasai harga tp pasai teringat nk beli tu…mmg dok tau dia rajin p “mengai” ikan pastu jual.. sambil2 tu dok nasihat sama kata bahaya… hati2 klau pi mengai… bgtau mak.. mak izin baru pi mengai.. mak x izin jgn dok pi.. dia kumpoi duit beli lipmate kat aku 1, kat mak dia 1… iskhh la budak ni… xtau nak kata apa wey….

Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, memaparkan seorang anak muridnya yang dikenali sebagai Ku Muhammad Hafiz memberikan hadiah kepadanya. Hadiah tersebut merupakan sebatang gincu yang berharga RM42. Nilai RM42 itu agak mahal bagi seorang pelajar yang tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Tambahan pula, gincu tersebut dibeli hasil duit simpanan pelajarnya yang menabung hasil jualan ikan. Lagi sebak, apabila murid tersebut, turut menghadiahkan gincu yang sama buat ibunya.

Syukur sangat

Foto: Cikgu Farrah

Syukur sgt depa ingat kt cikgu depa… walaupun depa ni jg hat hari2 bg aku menjerit mcm kucing…. budak2 lagutu la klau ampe nk tau.. sifat depa kira nak main ja… jerkah, nasihat sedia2 tp nak kata gena lg.. penat ckp xsah kata la.. marah, berletiaq, semua tu jd rutin… kadang sakit hati, kadang penyejuk hati… itu dah sebati…apapun aku xdak benda apa korek cari, melainkan doa yg baik2 buat semua anak murid aku ni… walaupun depa janji bulan dan bintang dgn aku.

Cikgu Farrah turut bersyukur dengan hadiah yang diterimanya, walaupon kadang kala anak muridnya terkena tempias dimarahi olehnya. Tidak berakhir di situ, beliau turut mendoakan yang terbaik buat semua pelajarnya.

Video tersebut telah meraih sebanyak 51,092 tontonan dan ratusan komen daripada warganet yang memuji tindakan muridnya itu.

Bagusnya!

 

Sumber: Cikgu Farrah

SKIP THIS AD ×